Tentang Kami
SRI AYU ENTERPRISE · Ditubuhkan 2009
Sri Ayu Enterprise dikenali dengan produk kek lapis yang unik dan berwarna-warni. Ditubuhkan pada 5 November 2009, perniagaan ini telah berkembang daripada sebuah perniagaan kecil kepada pembekal pelbagai jenis kek lapis Sarawak dan aneka kek yang dikenali ramai di Sarawak dan seluruh Malaysia.
Kami menawarkan pelbagai kek lapis dengan corak dan rasa yang memenuhi citarasa pelanggan, di samping menjaga kualiti produk. Selain jualan, Sri Ayu juga menerima tempahan khas untuk majlis perkahwinan, hari jadi serta jamuan jabatan dan agensi kerajaan.

Misi
- Menghasilkan kek lapis yang berkualiti tinggi dengan menggunakan bahan-bahan terbaik.
- Menyediakan produk yang kreatif dan inovatif untuk memuaskan kehendak pelanggan.
- Menyokong pembangunan komuniti tempatan dengan menyediakan peluang pekerjaan dan latihan.
Visi
Menjadi peneraju dalam industri kek lapis di Malaysia dan dikenali di peringkat antarabangsa sebagai pengeluar kek lapis yang berkualiti dan kreatif.
Pencapaian
2023
Ikon Usahawan Pusat Ekonomi Digital Kg Gedong
2017
Usahawan Harapan IAT Peringkat Jabatan Pertanian Sarawak
